Saturday, April 11, 2015

KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG

Tahun 2013/2014, dalam masa satu tahun aku sambung pengajian aku lepas SPM di Matrik. Aku dapat sambung pengajian aku di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

Cantikkan haha..

Sebelum tu disebabkan aku ni pelajar sekolah agama aku sempat ambik subjek STAM  sementara tunggu tawaran daripada matrikulasi. Kebetulan pulak aku dapat satu matrik dengan kawan-kawan sekolah aku,ramai pulak tu. Boleh dikatakan bilangan budak sekolah aku yang dapat matrik penang ni dalam 50 lebih. Alhamdulillah ukhuwah berpanjangan lah katakan..haha. Haa..lupa nak bagitahu, kami semua sekolah di Kelantan. Sekolah kat mana tu rahsia ..haha Dekat KMPP jugak kami ada buat usrah bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwah memandangkan ada juga yang tidak kenal antara satu sama lain.  Yelah mana tak nya.. dekat sekolah kami , kelas sains ade 6 kelas ,akaun ada 4 kelas, ekonomi pula ada 2 kelas. Dalam satu kelas tu pulak ada lebih kurang 40 lebih pelajar. Memang tak sempat lah nk kenal dengan semua orang walaupun dah 5 tahun belajar kat situ. Oleh sebab itu jugak sekolah kami adakan usrah setiap minggu pada hari rabu. Dalam setiap kumpulan mana boleh main pilih nak duduk dengan kawan yang rapat. Setiap pelajar dah ditentukan kumpulan masing-masing. Walaupun x suka tapi kami terpaksa ikut sebab ia dah diwajibkan oleh pihak sekolah. Yang paling penting sesiapa yang didapati tak hadir ke usrah, pelajar akan didenda baca yasin dekat dataran,haha... Nasib baik aku tak pernah kena. Tapi usrah ni bagus sebab dari situ juga kami dapat mengenali lebih ramai kawan , dapat bertukar-tukar pandangan, dan yang penting dapat tambah ilmu..huhu..ehhh tersimpang jauh dah ni cerita aku. Walhal, nak cerita pasal matrik, tercerita pasal sekolah lama pulak..hehe. berbalik kepada KMPP ni, aku dapat tawaran dalam bidang akaun pengajian selama setahun..haha yelah dah sah-sah lah bidang akaun takkan nak dapat sains pulak memandangkan dekat sekolah dulu pun aku ambil kelas akaun. Kalau dapat sains, 2 tahun belajar pun belum tentu boleh lepas,dengan subjek fizik,biologi,kimia.. haha seram dibuatnya..lebih-lebih pulak aku ni padahal tak pernah belajar pun dengar orang cakap jer subjek tu susah.. Kalau cuba belajar , manalah tahu senang..haha .Ok , dekat matrik ni dia dah ada sediakan penginapan masing-masing.

Ni salah satu penginapan di KMPP

Kira matrik ni macam sekolah berasrama penuh cuma bebas sikitlah. Kita cuma kena patuh pada etika pemakaian matrik iaitu bagi perempuan berbaju kurung.Bagi lelaki pula mesti berbaju kemeja dan bertali leher dan seluar slack warna gelap. Lepastu pelajar dikehendaki tidak berada di luar blok melebihi jam 11 malam. Tapi ramai je pun yang tak patuhi undang-undang. Yelah dekat matrik mana ada cikgu disiplin atau warden yang nak tolong tengok lepastu denda. Kira dekat matrik ni jugak boleh belajar hidup berdikari. Kita kena pandai bahagikan masa sendiri lagi-lagi masa belajar. Ramai orang cakap matrik ni susah. Tapi bagi aku, kalau kita rajin tambah pula dengan usaha lepastu doa. Insya Allah boeh punya. Kalau rasa diri tu malas jangan ambil matrik, sebab nanti tak pasal- pasal yang belajar setahun jadi dua tahun. Paling tak, kalau dapat result teruk kena keluar. Tapi apa-apa pun rezeki kita Tuhan yang tentukan. Kita sebagai manusia hanya perlu jalankan tanggungjawab kita sebagai hambaNya. Dekat matrik kita dah tak panggil kelas, kita panggil Praktikum. Contohnya kalau dekat KMPP bagi kelas akaun kitaorang ada 3 kuliah iaitu A1, A2, A3. Dalam setiap kuliah ada beberapa praktikum seperti A2P1, A2P2, dan seterusnya.  Bagi setiap praktikum akan dibimbing oleh Mentor. Dalam setiap praktikum pula kita orang akan dibahagikan kepada kumpulan A dan B. Aku punya praktikum ialah A2P4..huhu.. Mentor aku bernama En. Mohammad Yusaini ,kelas kami panggil dia En.Yus. Dia anggap semua menti-menti dia macam anak dia sendiri sampai dia sanggup usahakan apa sahaja untuk pastikan menti dia dapat masuk universiti..huhu terima kasih En.Yus. Benda yang paling best bagi semua pelajar bila dapat matrik ni ialah kita orang akan dapat elaun setiap bulan... huhu Alhamdulillah.. Jumlah yang diberi cukup untuk makan sahaja. Kalau rasa nak befoya-foya tu , baik lupakan je niat tu..haha. Sepanjang aku belajar dekat KMPP sangat seronok. Pensyarah semua baik-baik pus tegas sebab diorang akan pastikan semua pelajar dapat skor untuk PSPM. Banyak pengalaman baru yang aku dapat. Lagi-lagi dapat belajar bahasa Penang. Aku pulak banyak rapat dengan budak Penang. Apa lagi sakanlah kalau boleh borak. Sampai ada yang ingat aku ni orang utara haha.. Wah cerita tentang zaman matrik ni buat aku rindu pensyarah dan kawan-kawan yang satu matrik dengan aku dulu.

Mereka ni satu matrik+satu sekolah

Wah..rindu mereka ni sangat-sangat.. Masa belajar dulu kalau ada yang tak faham akan ada yang tolong ajarkan. Sekarang ni, masing-masing dapat tawaran belajar di lain-lain universiti. Ada jugak yang dapat rezeki dapat sambung belajar di universiti yang sama. Kami semua dapat kos yang berbeza. Aku harap dapat kekalkan persahabatan kami sampai syurga..huhu throwback pulak tetiba.. Apa-apa pun walau dimana pun kita belajar , betulkan niat kita, kita belajar hanya kerana Allah. Nasihat ni untuk diri aku jugak. Bukan setakat belajar je tau, apa-apa yang kita buat pun niatkan dalam diri hanya keranaNya. Ok, setakat tu je dulu cerita pasal matrik ni. Jika ada perkongsian akan aku ceritakan lagi ..huhu

I LOVE KMPP
Kmpp syok bakhang!!

18 comments:

  1. eh boleh bawak strika? heater smua kaa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes.You can bring those electrical things too including your extension.

      Delete
  2. saya dan kawan saya pun dpt matriks kat penang. tapi masih consider lagi utk pergi atau tidak. huhu. insyaAllah , pergi. huhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes.You already made a good decision by continue your foundation year in kmpp...I was a sains hayat matrics' student PST 2015/2016...I got CGPA 4.00 for both semesters...do your best junior & you will definitely miss kmpp once you finish your studies there :) good luck for orientasion week

      Delete
  3. Replies
    1. Yes.You better go to kmpp...we heard a lot of complains from PASUM student that their foundation quite hard compare to matriculation...I was a sains hayat matrics' student PST 2015/2016 & will register for degree this September 2016...I got CGPA 4.00 for both semesters...do your best junior & you will definitely miss kmpp once you finish your studies there :) May Allah bless your journey...good luck for orientation week

      Delete
  4. Boleh tukar kursus x dari sains hayat ke sains fizikal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes.You can change your course from sains hayat to sains fizikal...I had a friend who changed kuliah from H1(sains hayat) to F3(sains fizikal) :)

      Delete
  5. dekat matrik laptop kena bawa x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Not a necessary to bring your laptop...but you will use it once in a while to watch movies (release stress) or doing your assignments...no worries for the wifi, kmpp has wide range of wifi :)

      Delete
  6. dekat matrik laptop kena bawa x?

    ReplyDelete
  7. Tips nak skor cgpa 4.0 mcm mana ek...saya pun anbik sains hayat aka modul 1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak skor CGPA 4.00 senang je di matrikulasi compare dgn asasi UM (asasi UM sangat susah berdasarkan pengalaman kawan2 akak) sbb di matriks, student dibekalkan dgn banyak buku tutorial & past year questions...based on my experience as a Sains Hayat PST student 2015/2016...what you should do is...always attend the kuliah (do not ever ponteng!)...right after the kuliah...do your tutorial until which subtopic the kuliah has covered...then, do your past year questions...as simple as that ! After finished with those tasks, grab your lab report & start doing pre-lab report...after amali class,finish up you lab report & send to your lecturer...semua benda ni kena buat ON TIME ! Kalau adik nak 4.00 for both semesters...buat semua kerja yg lecturer bagi TANPA BERTANGGUH ! Once you put aside your homework from lecturer,you will have tonnes of homework & out of your hand ! Masa tu mula la student akan give up pastu tido !....Sabtu & ahad di kolej matriks, try to finish up all homeworks & lab reports because as a sains hayat student, you will have 3 LAB REPORTS TO DO EVERY WEEK ! Kalau rasa semua homework dah siap, baru boleh outing dgn kawan...tapi sepanjang akak belajar di KMPP, akak tak pernah outing ! DUduk bilik buat ulangkaji ! Nak Berjaya kena ada pengorbanan...bukan lama pun...program satu tahun (PST) sekejap je...isnin-ahad akan terasa sangat sekejap...Rasa rindu kat family tu mmg tak boleh buat apa la..tambahan algi, akak berasal dari KUALA LUMPUR...jauh sangat dari family...Alhamdulillah, my hard work & sacrifices PAYS OFF ! Akak Berjaya dapat CGPA 4.00 FOR BOTH SEMESTERS IN KMPP :) This September 2016 akak akan masuk university untuk degree...May ALLAH always bless your journey adik...No Pain, No Gain ! Kalau tak faham apa2 yg adik belajar...DO ASK YOUR LECTURERS !!! They are always ready to help you :)

      Delete
  8. Tips nak skor cgpa 4.0 mcm mana ek...saya pun anbik sains hayat aka modul 1

  9. Hi, boleh pakai shirt dengan skirt panjang ke??

    ReplyDelete
  10. Hi,akka.Kat KMPP kena bawa iron dgn heater?Non muslims boleh pakai pakaian formal x selain baju kurung?

    ReplyDelete
  11. Hello, just wanted to ask if we are allowed to wear casual clothes when we go out on the weekends...like as a christian i would like to go to church but usually i wear casual clothes to church so will that be a problem??

    ReplyDelete