Ok , untuk entry kali ni... aku nak
kongsikan sedikit tentang isu kecantikan. Semua orang kat dunia ni mesti nak
cantik kan, tambahan lagi bagi kaum wanita.
Disebabkan ingin cantik jugaklah ,ramai orang yang sanggup buat apa
sahaja untuk kelihatan cantik. Disebabkan oleh itu, terlalu banyak produk
kecantikan dan kesihatan telah dihasilkan bagi membantu orang ramai untuk
nampak cantik dan sihat. Kalau sebut pasal cantik ni mesti berkait dengan
wajah. Tapi kalau diikutkan keadaan fizikal badan turut dititikberatkan bagi
kelihatan cantik. Semua orang inginkan berat badan yang ideal terutamanya
wanita. So, diorang akan gunakan pelbagai cara seperti amalkan diet, makan pil
atau gunakan ubat sapuan untuk kurus, bersenam, dan yang agak memerlukan kos
yang tinggi membuat rawatan di tempat rawatan untuk kurus. Tapi ada jugak yang
mengamalkan cara tidak sihat seperti memuntahkan balik makanan yang telah
dimakan dan ada jugak yang jenis langsung tak makan dan melakukan rawatan sedut
lemak. Walhal cara itu salah sama sekali. Kalau, dekat Korea semua masyarakat
mereka majoriti akan melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan cantik.
Untuk lebih faham, ikuti dialog ni diantara En.Suami dan Pn.Isteri yang juga berunsurkan nasihat untuk kita sebagai manusia :
Pn.Isteri : Abang, saya nak tnye ni..abang
tak takut ke tiba-tiba wajah Ina ni tidak serasi dengan cita rasa abang?
En.Suami : Maksudnye Ina bimbang
kalau abang berubah hati setelah melihat wajah Ina, but we’re still human
right?
Pn.Isteri : Hahahaha...(Ina ketawa
kecil )
En.Suami : Ya.... kita masih manusia.
Tapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah dibumiNya.
Isteri ialah teman suami untuk memikul misi berat itu. Untuk melaksanakannya,
kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang isteri, tetapi ilmunya, akhlaknya,
sifat pengorbanannya, dan kesetiaannya. So, untuk kecantikan tidak penting bukan?
En. Suami : Semua yang datang
daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik
untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan
khalifah, pasti tidak akan dikecewakanNya. Orang yang baik berhak mendapat yang
baik, bukan begitu?
Pn.Isteri : Bukan yang cantik?
En.Suami : Cantik itu relatif dan
sangat subjektif. Kecantikan akan dilihat pada akhlak dan agama, bukankah
begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga
berubah-ubah megikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan
lebih kekal sifatnya.
Pn.Isteri : Maksud abang?
En.Suami : Kecantikan seorang wanita
tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada
budi dan akhlak. Kecantikan juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun
akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus.
Sebaliknya wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila
sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami.
Pn.Isteri : Oh, betul juga tu!
En.Suami : Banyak lelaki yang sering
mengeluh tentang isterinya, “ Sedap dimata tetapi sakit dihati”. Oleh itu, bagi
mereka yang sedang memilih pasangan hidup , berpeganglah pada nasihat Nabi
Muhammad s.a.w , “ Wanita dinikahi kerana empat perkara ; karena hartanya/
keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik
agamanya nescaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/2), Muslim
(2/1086), Abu Dawud (2047), An-Nasaa’i(6/68) dan Ibnu Majah (1858).
En.Suami : Ini kerana, dengan karakter agama yang baik inilah sebenarnya ia mencukui segala faktr-faktor yang lainnya. Dengannya aspek agama yang baik ini, keindahan akhlaknya terserlah, kecantikannya terjaga dan terpelihara, malahan martabat dan kehormatannya berbandig wanita di kancah masyarakat kebanyakan juga tinggi nilainya.
En.Suami : Ini kerana, dengan karakter agama yang baik inilah sebenarnya ia mencukui segala faktr-faktor yang lainnya. Dengannya aspek agama yang baik ini, keindahan akhlaknya terserlah, kecantikannya terjaga dan terpelihara, malahan martabat dan kehormatannya berbandig wanita di kancah masyarakat kebanyakan juga tinggi nilainya.
Pn.Isteri : Owww.. (Ina mengangguk
faham)
Ok, sebenarnya kecantikan tu sangat subjektif.
Lagipon, Tuhan dah ciptakan yang tebaik untuk hambanya. Kita sebagai hambanya
perlulah besyukur dengan apa yang dikurniakan olehNya. Di sini , aku nak
kongsikan satu video yang dibuat oleh Mat Luthfi bertajuk “Kecantikan itu
subjektif”. Hope you’re enjoy it!!
Mat Luthfi - Cantik itu Subjektif
Dan ade satu lagi video lagu arab yang ingin dikongsikan buat korang yang rasa rendah diri dan ingin berubah meniru gaya orang lain tu!! Hope dapat beri semangat lepas baca makna disebalik lagu ni..:)
Kun Anta (Be Yourself)
No comments:
Post a Comment