Ok, untuk entry kali ni aku nak
cite ckitlah pasal my roommate yang cantik lagi bergaya dekat UUM ni..haha Rommate
aku ni namanya Mira, baik dan cantik orangnya.
Aku dengan dia sama negeri iaitu “KELANTAN” dan kebetulan pulak kitaorang dapat kos yang same iaitu Business
Administration bawah College Of Business(COB). Alhamdulillah sepanjang aku
kenal dia, kitaorang dapat tolak ansur antara satu sama lain. Hobi dia suka
menyanyi dalam bilik.. aku tak kesah pon sebab kadang2 aku suka sambung ape yang
dia nyanyi..Haha.. Time xde ape2 nak buat kita orang saling meluahkan perasaan masing2..pasal ape tu , faham2 sendirila,hehe....Lupe nak cerita, hari tu dia ade buat kejutan hari jadi
untuk aku.. Alkisahnya, kitaorang keluar p Jitra bersama dengan 2 orang member
lagi. Kononnya yang sorang ni, namenye Ina nak buat birthday party untuk kawan
dia. Lepastu dia mintak aku dengan Mira tolong pilihkan kek n others. Mase
dekat kedai kek tu kononnya si Mira ni tnye pendapat aku suka kek yang mane.
Aku dengan selambenye tunjuk lah kek yang aku suka tu. Dipendekkan cerita
kitaorang balik dpp masing2. Disebabkan terlampau letih , aku terlelap kejap
lepas balik petang tu ,dan Mira ni pulak bagitahu dia nk pegi bilik kwn
kitaorang. Tiba2 masa aku tengah tidur aku terjaga sebab ada orang ketuk pintu.
Then “ Suppriesssssssssss….”. Mahunya tak tergamam dengan muka baru bangun tidur n separuh
sedar. Seriously, aku cakap memang aku tak expect langsung memandangkan birthday
aku pun lambat lagi sebenarnya time tu. Ape2 pon aku nak ucapkan terima kasih
tak terhingga dekat my roommate sorang ni NUR AMIRA FARHANA BT MOHD ZAMRI.. walupun
kita baru kenal, dia sanggup buatkan kejutan hari jadi ni untuk aku huhu. I’m
glad to know you as my roommate. Sangat memahami orangnya.. Baru2 ni dia ada
temuduga untuk jadi Cikgu dekat MAKTAB.. Jeles kot sebab dapat jadi cikgu
nanti..haha Tapi keputusan nya akan dapat tahu bulan 6 nanti.. hemmm , n klu
ikutkan hati ni , sedih tu ade jugak lah..sebab susah kot nak dapat roommate
yang satu kepala ni.. huh.. Tapi ape2 pon aku doakan yang terbaik untuk dia
memandangkan dia cerita dekat aku yang ayah dia nak sangat dia jadi Cikgu. To
Amira buat yang terbaik yerr, banggakan ayahmu, jadi anak yang solehah untuk
kedua ibu bapamu n dah dapat jadi cikgu nanti jadilah cikgu yang baik dan sopan
untuk anak muridmu..;)
Tudung biru tu my roommate!!
Ni time minggu orientasi dkat DMAS..
No comments:
Post a Comment