Assalamualaikum…
Hari tu aku kate nak kongsikan cerita pasal UUM kan..huhu ok hari ni akan ku
kongsikan serba sedikit yang aku tahu tentang uum memandangkan aku pon baru masuk sem 2.. so
banyak lagi yang aku perlu jelajah..haha
Gerbang Utama UUM!!
Logo yang student akn guna utk cover dpn assignment..hehe
Universiti Utara Malaysia diberi nama.. bertempat di
Sintok, Kedah. Aku telah mendapat tawaran untuk sambung pengajian ku di UUM dan
mendaftarkan diri pada 1/9/2014. Mase mula2 aku masuk untuk daftar, punyelah
luas uum nih..teruja seketika..haha nasib baik dia dah bagitahu awal-awal
laluan mana yang harus digunakan.. xdelah pening nak cari jalan… mase dia bagi
surat tawaran para pelajar telah ditetapkan DPP iaitu (Dewan Penginapan Pelajar)
mereka. Then, aku dapat Dpp Eon ,Blok D.
Satu bilik ada dua
orang. Aku dapat roommate yang satu negeri dengan aku iaitu Kelantan. Takdelah
pelat lidah ni nak cakap bahasa luar je selalu. Kebetulan pulak roommate aku ni
satu kos dengan aku , Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan
Kepujian selama empat tahun. Haa…penuh siap aku bagi..hehe sepanjang aku duduk
satu bilik dengan roommate aku tu, Alhamdulillah kitaorang dapat bertolak ansur
antara satu sama lain. Then, setiap Dpp ade disediakan kafe. Dekat UUM ni ,
setiap kafe ada keistimewaan menu masing2. Contohnya, kalau kafe Eon terkenal
dengan nasi lemaknya yang sedap, kafe MISC pulak ade nasi berlauk yang pelbagai
dan murah, kafe Petronas pulak orang kate Tomyam dye best. Istimewanya UUM ni
sebab semua penginapan telah disediakan. So , tak payah lah korang bimbang nak
kene cari rumah sewa ke ape. Lagi syok sebab bas untuk pergi ke kelas pon
disediakan. Bas Unic Leisure kot,haha.. Setiap DPP ada 5 laluan, Laluan A, B, C,D dan Maybank (penginapan
untuk student yang dah kahwin) huhu kalau korang rase nak duduk dpp Maybank ,
kahwinlah dulu..haha. Laluan A terdiri daripada DPP Proton, MAS, TNB,n
Tradewind(kebanyakan foreigner dekat dpp ni) .Laluan B pulak ada DPP TM,
MISC,BSN,SIME DARBY, EON,dan PETRONAS.
DPP Laluan B
Laluan B, best ckit sebab dekat
dengan Varsity Mall. Varsity Mall ni dah ade macam2 dah. Ada kedai jual baju, tudung,
handbag, kedai cenderamata, Pejabat Pos, Bank Islam, Restoran and paling best sekali ada
Cool Blog. Walaupun nama dia ada perkataan mall, tapi tempat dia bukanlah mcm
tesco ataupun supermarket. Just bangunan biasa jerr. Dekat Vmall ni jgak dah
ade mesin atm seperti Bank ISLAM, BSN, Maybank,n CIMB. So korang tak yah lah susah2 nak
keluar memandangkan UUM ni pon jauh dari Bandar dan dekat dengan hutan. Ade tu
ade jer, tapi bandar yang paling dekat pun, Changlun. .huhu. Dekat Chaglun tu
ade CMart , dan dalam tu ade bowling dengan karoeke jerr.. So, lau rase nak
advance ckit hangpa kena p Jitra lah naa..
VARSITY MALL
Ok Laluan C pulak ada DPP YAB dan
Muamalat. Laluan ni dekat dengan Pusat Sukan. Pusat Sukan UUM ni pulak ade
macam2 jenis tempat sukan, ade padang golf,pusat ekuin, kolam renang, paling
best sekali ada sauna. Sauna nih lebih kurang mcm tempat mandi air panas laa.
Pusat sukan pun ada sediakan basikal untuk student, so boleh laa kalau nak ride
n pusing satu UUM ni. Tu pun kalau larat laa nak pusing satu UUM. Walk
climbing , tempat memanah dan macam2 lagilah. Yang paling penting siap ade Litar
Go-kart lagi tau.. Kalau x silap UUM nih adalah universiti
pertama dalam Malaysia yang ada litar Go Kart. Even aku dah habis sem 1 n sekarang
pon dah separuh sem2 dah, tapi tak pernah sekali pun aku try men go kart. Haha... Kalau untuk student, just bayar RM5 jaa pastu bolehlah pusing 3 round. Kira ok
laa sebab litar kat sini memang besar. Dekat setiap Dpp pon ade
disediakan gelanggang permainan. Itu bergantung pada setiap Dpp lah jenis
gelanggang permainan ape yang diorang ade. UUM
pun ada stadiumnya tersendiri. Boleh tahan besar jgaklah UUM punye stadium ni.
PUSAT SUKAN UUM
Lastly, Laluan D ade DPP BANK RAKYAT
& SME BANK. Lauan D ni special ckit sebab berada di bukit Kachi n terletak
di luar daripada UUM. Tapi xdelah jauh sangat dengan uum, bas pon turut
disediakan.
Ni nak bagitahu satu tempat dekat UUM yang
famous n semua pelajar akan wajib gunakan, paling x pon time exam,haha.. Dewan Mu’adzam Shah atau
singkatannya DMAS. First aku masuk ke dewan ni, mase minggu orientasi. Mase tu
sape yang duduk laluan B, dapatlah merase perjalanan kaki ke DMAS sepanjang minggu
orientasi tu, hehe..DMAS ni memang besar n Nampak grand sangat. Mesti rase kagum
lah kalau tengok. Kebiasaannya mane2 kelab or dpp yang nak buat dinner , akan
buat kat sini. Pemandangan dekat luar dewan ni pon nampak cantik. Ramai je
pelajar yang suka ambik gambar kat sini. Lagi2 kalau time konvo nanti.
DEWAN MU'ADZAM SHAH
Satu lagi tempat yang buat aku kagum ialah library UUM yang diberi nama Perpustakaan Sultanah Bahiyah. Library ni ade 3 tingkat kot. Dye punye sistem memang canggih lah. Semua jenis buku ade. Kalau nak cari just search dekat dye punye komputer jerr.. lepastu dye jugak ade sediakan mesin untuk kita pinjam dan pulangkan buku..huhu Kire x yah lah susah2 nak berurusan dengan staff dye. Disebabkan terlalu besar, ianya agak sunyi ckit. Ade senior kate library ni ade sejarahnye tersendiri. kalau rase nak naik ke tingkat 3 tu, naik ramai2 lah yerr. Xdelah rase seram sangat disebabkan jarang student guna tingkat 3. Alaa.. lagipon tingkat 1 tu, banyak lagi te mpat duduk. Kalau rase free, time kelas xde tu , bolehlah p library ni. Haha..just suggestion,even aku sendiri pon jarang p library ni..
PERPUSTAKAAN SULTANAH BAHIYAH
Tempat yang sejuk sikit mata ni kalau pandang. Pusat Islam dan Masjid Sultan Badlishah. Jika ada progra-program keagamaan, biasenye akan diadakan dekat sini. Pusat Islam ini jugak ada jual barang-barang keagamaan. pusat Islam ni pun ade Kafe yang makanannya murah-murah dan sedap.
PUSAT ISLAM & MASJID SULTAN BADLISHAH
Haa.. ni nak critelah ckit pasal akademik..hehe..Kat UUM ni ade 3 buah Jabatan atau kolej iaitu COB(college of business), CAS(college of goverment & international study), dan COLGIS(college of art & science). Aku punyer course under COB. Dekat UUM ni jugak ade satu bangunan namanye U-assist. Tujuan ia ditubuhkan adalah untuk membantu memudahkan pelajar dengan menyediakan perkhidmatan terbaik dan cekap dalam hal-hal akademik dan bukan akademik, serta mengurangkan karenah birokrasi. Antara perkhidmatan yang ditawarkan terbahagi kepada empat bahagian iaitu perkhidmatan akademik, perkhidmatan hal ehwal pelajar, perkhidmatan kewangan, dan perkhidmatan komputer. So, kalau ade ape2 masalah berkaitan dengan hal2 tersebut, korang bolehlah pergi ke U-Assist.
Ok, setiap UA ada dewan kuliah, kalau dekat UUM ni kami panggil DKG iaitu Dewan Kuliah Gugusan. Semua ada 6 Dkg dekat UUM nih dan setiap Dkg ni pulak ada pecahan. Contohnya, Dkg 1 akan ada Dkg 1.1, 1.2, 1.3, dan seterusnya.Then
ade lagi satu tempat yang baru ditubuhkan iaitu DKG 7 SOIS( School Of International
Study). Bangunan SOIS ni jauh ckit lah daripada dkg-dkg yang lain. Pastu ada
disediakan satu bas khusus untuk pergi sana.So, kalau rase malas nak p jauh2,
susun lah jadual elok2 n elakkan kelas yang ade kelas dekat SOIS kalau jadual
kelas tu x de banyak gap. Satu lagi untuk yang jenis x tahan panastu, xyah
bimbang lah kalau belajar dekat Dkg or else dkat UUM ni nanti, sebab dye punye service
aircond tu memang tip top. Ade satu hari tu time aku exam, dekat DMAS..
perghh.. dye punye sejuk xleh ungkap. Sampaikan gigi aku boleh bergetar..
bayangkan sendirilah macam mane dye punye sejuk tu. Orang sekeliling xyah cakap
lah, memang semua berpeluk tubuh jawabnya. Lagi2 time tu ade setengah jam lagi
mase n x dibenarkan keluar..Since, dah boleh keluar, ape lagi semua berebut nak
keluar sebab tak tahan sangat dye punye sejuk tu.hehe..
DMAS
Jadi, itulah serba sedikit yang aku tahu dan boleh aku ceritakan pasal UUM ni. Manelah tahu kan, lepas bace cerita ni, ade yang tertarik nak jadi student UUM...huhu. Walaupun UUM ni terpencil,dalam hutan kononnya.. tapi korang xyah bimbang sebab kalau dah datang sini x rasa duduk dalam hutan pon, sebab semua kemudahan lengkap disediakan. Sambil2 tu bolehlah hirup udara segar. Sesuai untuk kita as a student yg perlukan banyak ketenangan..haha .Lagipun, sekarang ni UUM telah pun dikenali sebagai Universiti di Rimba Hijau. So apa lagi, Welcome to UUM ;)
Welcome to UUM!!
No comments:
Post a Comment