Terhiris dan terluka dalm perhubungan seharian dengan manusia lain, semua orang pernah menghadapinya,,tipu lah kalau xde kan..
Lalu datanglah orang yang pernah meyakitkan hati untuk memohon kemaafan. walau engan hati yang sakit dan tidak merelakan, perkataan 'dimaafkan tetap dilafazkan. Tapi maaf itu sekadar perhiasan dibibir. Hati masih memendam rasa terluka sehingga menjauhkan diri drpd dia yang menyakitkan hati. Adakah itunamanya bear-benar memaafkan?
Hidup ini tidak menjanjikan kebahagiaan semata-mata. Maka dilukai adalah satu ujian dari Allah swt.
Apabila memberi kemaafan yang datangnya bukan dari hati , percayalah... dendam akan tumbuh meliar dalam jiwa. Apabila kita memberi kemaafan tapi masih terluka, maka itu bererti kita belum memaafkannya
Ambillah sebanyak mana masa untk memaafkan. Tetapi jangan berbohong dengan diri sendiri apabila memberi kemaafan kepada orang lain. Contoh jika ada yang datang memohonmaaf tapi hati kita masih lagi terluka maka katakanla '' berikan saya sedikit maa untuk biarkan hati saya reda dahulu''. Dalam masa bertenang itu, kita akan cuba belajar untuk memaafkan.
Ingat, apabila orang yang bersalah datang memohon maaf dan kita memberi kemaafan tidak sepenuh hati, maka urusannya dengan kitatelah selesai. Selebihnya urusan kita dengan Allah pula.
-Memberi Kemaafan Adalah Jalan Terbaik-
Sebenarnya orang yang benar2 memberi kemaafan akan terlepas daripada dendam dan rasa sakit hati apabila mengenangkanperbuatan pelakunya. Mereka akan tenang dan merasai kelapangan jiwa.MasyaAllah...
Memang manusia biasa ada kalanya akan berhadapan dengan kesukaran untuk memaafkan orang lain. Tapi ingatlah, sifat orang yang mudah memaafkan itu adalah akhlak muslim yang terpuji.
Jadi, kalau diikutkan orang pemaaf ni kuat sebenarnya.
Kenapa?
Sebab walaupun berupaya membalas segala perbuatan orang kepadanya, namun dia mengambil jalan memafkan dengan berusaha untuk ikhlas kerana Allah swt.
Rasulullah SAW pernah bersabda ; '' Tidak sempurna keimanan seseorang daripada kaliansebelm dia mencintai saudaranya (sesama muslim). Sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. -HR.Bukhari.
Janganlah kita tergolong dalam kalangan orang yang berdendam. Malah, sampai bersumpah untuk tidak memberi sebarang bantuan terhadap orang yang bersalah kepada kita sepangjang hidup.
Masa kecil2 dahulu kalau gaduh mesti cakap "taknak maafkan kau sampai mati''. hehe.. Astaghfirullahalazim..
"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. -An-Nuur:22
Rasulullah SAW seorang yang pemaaf. Walaupun sering dihina malah diugut bunuh, namun baginda memafkan umatnya. Disebabkan itulah baginda menuntut umatnya agar memaafkan kesalahan yang mudah diberi maaf.
Sungguh malu apabila terkenangkan perjalanan hidup baginda yang bukan sahaja diumpat, dikatakan gila, malah dibaling batu sehingga berdarah. Padahal pada masa itu, baginda boleh sahaja meminta kpd Allah swt agar diturunkan bala seksaan. Tetapi... Baginda menolak untk berbuat demikian.
MasyaAllah..TabarakAllah..
Sekali lagi, memaafkan adalah jalan yang terbaik. Jika belum bersedia untuk memaafkan , maka ambil lah masa dan berterus teranglah kepada si pelaku. Janganlah memberi kemaafan tatkala masih berdendam kerana ada perhitungan Allah swt untuk itu. Semoga Alah swt merahmati kehidupan kita sekeluarga di dunia dan akhirat.
-Sekian-
No comments:
Post a Comment