Sahabat sekalian...huhu esok (Isnin, 20 April 2015) adalah 1 Rejab 1436,kan. Sedikit perkongsian dari nota lama. Jom beramal untuk bekalan akhirat:)
------------------------------------------------------------------------
Ok, disini aku ingin kongsikan sedikit ilmu tentang Bulan Rejab..
Bulan Rejab=Bulan Pengampunan
Antara amalan2 yang dianjurkan ;
#PUASA
-Kalau tak mampu buat semua, jangan ditinggalkan semua.
-Boleh puasa pada Isnin,Khamis atau 13,14&15hb Rejab ini bersamaan 23,24,25hb Mei.
*13,14,15 dikenali sebagai hari2 putih setiap bulan hijrah. Rasulullah s.a.w akan berpuasa juga pada hari Jumaaat jika hari itu jatuh pada hari2 putih tersebut. Ia hanyalah anjuran daripada saya bagi sesiapa yang rasa payah untuk berpuasa banyak hari bulan Rejab. Ini berdasarkan apa yang saya temui di dalam bab Puasa Rasulullah s.a.w didalam kitab As-Syamil tentang hari puasa sunat. Wallahu a'lam. Yang penting --->Puasa ;)
#ISTIGHFAR
-Habib Salim Assyatiri berkata: "Istighfar dituntut amalkan sepanjang tahun namun untuk bulan Rejab ia sangat2 dianjurkan"
--> Penghulu Istighfar
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Kelebihannya: Seiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu SIANG dengan meyakini apa yang diucapkannya @ lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk aktu petang maka dia termasuk golongan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu MALAM dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk pagi maka dia temasuk golongan ahli syurga
-Riwayat Imam Al-Bukhari Rahimahullah-
--> Atau boleh amalkan Istighfar ini :
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وتُبْ عَلَيَّ
Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku & terimalah taubatku.
*Baca Subuh & Asar sebanyak 70 kali setiap hari.
(Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat oleh Ust Ismail Kamus حفظه الله.)
- Membaca surah Al-Ikhlas 11 kali atau lebih pada setiap hari.
- Membaa Al-Quran perbanyakkan berdoa & lain2 amal soleh.
Alhamdulillah atas nikmat Islam & Iman yang Allah anugerahkan pada kita dimana dengan 2 nikmat itulah amalan di atas menjadi bermakna & mendapat ganjaran pahala disisi Allah yang Maha Mulia.
Sudah hampir Bulan Pesta Ibadah -RAMADHAN- .Semoga kita sempat bersua dengannya, Aamiin....
No comments:
Post a Comment