Tuesday, April 28, 2015

Love is.....




Cinta..Semua orang akan pernah merasakan perkara ni.. tapi satu yang kita kena faham..cinta ni bukan setakat pada kekasih yang kononnya kita kata kita dah jatuh cinta pada dia then kita putuskan untuk bercinta aka bercouple..hemm padahal cinta kita ni sepatutnya kepada Allah swt, Rasulullah, Orang tua kita, dan mungkin jugak pada suami yang memang halal bagi kita..

Tipu lah kalau aku kata aku tak pernah suka pada someone..yang jugak boleh dipanggil crush... Tapi bila aku pkir balik , harus ke aku ni bercinta sedangkan aku tahu yang becouple tu Haram!! ye memang x salah untuk suka pada seseorang, tapi janganlah kita melampaui batas2 agama.. Terus terang aku cakap rasa nak bercinta tu memang ada.. Yelah...jeles pulak tengok sweet2 couple ni kan..haha padahal menyampah pon ada... kalau laki bini xpelah jugak... ni sah2 dah kita tahu yang bercouple tu haram....ehh,, sape kita nak langgar hukum Tuhan... Memang sampai sekarang aku tak pernah bercinta..Alhamdulillah, Tuhan lindungi aku dari terjebak dengan perkara yang melalaikan.. 
Aku tak bercinta ni pon bukan hanya kerana aku tahu yang couple tu haram, malah berdasarkan pengalaman yang aku alami when my friends yang mesej ngn pakwe 24 hours dan kawan yang luahkan peraasaan kononnya bf tinggalkanlah, bf kongkonglah, and so on..pastu mulalah nak menangis bagai... x ke sia2 air mata tu.. ye aku faham memang susah hati ni bila dah suka dekat someone..tapi atleast try to forget him..tak pon doa banyak2 supaya Tuhan jodohkan kau dengan dia... kadang2 aku pkir jugak x rimas ke pagi, petang siang, malam pakwe tanye tengah buat ape, dah makan ke, dah tidur ke... padahal bukan laki kita pon... Dekat Mak Bapak taknak pulak kau tanye...Haa....yang memang aku geli geleman.....  masing2 siap ade panggilan lagi B lah, sayang lah, Anje lah, ucuk lah... nak muntah pulak... haha aku tak marah, nasihat jer.. untuk diri ini jugak yang juga manusia dan selalu berubah hati #pendosatanpanoktah.. Hemm,, aku ni takdelah bagus mane pon.. tapi ni pendapat aku...



Nak tahu tak!! sebenarnya kita boleh bercinta...........tapi biarlah dengan suami kita yakni bercinta selepas kahwin..hehe kan best...halal pulak tu... kau nak panggil B, sayang, anje,kekanda...haa panggillah... lagipon lagi romantik kalau kita boleh panggil macam tu dekat suami.. tambahan lagi ia merupakan sunnah nabi kita Rasulullah s.a.w.... Haa,, kita ikutilah ckit tazkirah yang dituli oleh imam muda Asyraf..korang boleh klik link ni >> http://imamudasyraf.com/v2/?p=430

Satu lagi last2,,hehe korang kene tahu tiada cinta sebelum kahwin!! Kata2 dari Blog Ustazah Fatimah Syarha "Cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah. Namun, apabila ia disusuli dengan tindak-tanduk yang tidak Allah redhai, ia akan bertukar mejadi fitnah." Korang bolehlah terus baca dekat Ustazah Fatimah Syarha punye blog >> http://sebarkanbahagia.blogspot.com/2015/02/bahaya-cinta-sebelum-kahwin.html  ..ni tak kasi lagi yang Tarbiah Sentap punye..hehe gurau jerr
Oklah, yang tu je kot nak dibebelkan..haha bukan  bebel tapi hanya kongsi pendapat..
Assalamualaikum


Monday, April 27, 2015

''Memaafkan tapi Terluka.....''

MAAF. Satu perktaan yang mudh dilafazkan bagi kebanyakan orang. Benarkah sudah memaafkan jika masih memenam rasa luka.. Senang cerita, pernah tak kawan korang buat salah ngan korang dan korang terase hati ngan kawan korang, then kau maafkan jer kesalahan...yelah...kawan kan,, tapi rasa sakit tu till ade...hemmm
Terhiris dan terluka dalm perhubungan seharian dengan manusia lain, semua orang pernah menghadapinya,,tipu lah kalau xde kan..
Lalu datanglah orang yang pernah meyakitkan hati untuk memohon kemaafan. walau engan hati yang sakit dan tidak merelakan, perkataan 'dimaafkan tetap dilafazkan. Tapi maaf itu sekadar perhiasan dibibir. Hati masih memendam rasa terluka sehingga menjauhkan diri drpd dia yang menyakitkan hati. Adakah itunamanya bear-benar memaafkan?

Hidup ini tidak menjanjikan kebahagiaan semata-mata. Maka dilukai adalah satu ujian dari Allah swt.
Apabila memberi kemaafan yang datangnya bukan dari hati , percayalah... dendam akan tumbuh meliar dalam jiwa. Apabila kita memberi kemaafan tapi masih terluka, maka itu bererti kita belum memaafkannya
 Ambillah sebanyak mana masa untk memaafkan. Tetapi jangan berbohong dengan diri sendiri apabila memberi kemaafan kepada orang lain. Contoh jika ada yang datang memohonmaaf tapi hati kita masih lagi terluka maka katakanla '' berikan saya sedikit maa untuk biarkan hati saya reda dahulu''. Dalam masa bertenang itu, kita akan cuba belajar untuk memaafkan.
Ingat, apabila orang yang bersalah datang memohon maaf dan kita memberi kemaafan tidak sepenuh hati, maka urusannya dengan kitatelah selesai. Selebihnya urusan kita dengan Allah pula.

-Memberi Kemaafan Adalah Jalan Terbaik-

Sebenarnya orang yang benar2 memberi kemaafan akan terlepas daripada dendam dan rasa sakit hati apabila mengenangkanperbuatan pelakunya. Mereka akan tenang dan merasai kelapangan jiwa.MasyaAllah...
Memang manusia biasa ada kalanya akan berhadapan dengan kesukaran untuk memaafkan orang lain. Tapi ingatlah, sifat orang yang mudah memaafkan itu adalah akhlak muslim  yang terpuji.
Jadi, kalau diikutkan orang pemaaf ni kuat sebenarnya.
Kenapa?
Sebab walaupun berupaya membalas segala perbuatan orang kepadanya, namun dia mengambil jalan memafkan dengan berusaha untuk ikhlas kerana Allah swt.

Rasulullah SAW pernah bersabda ; '' Tidak sempurna keimanan seseorang daripada kaliansebelm dia mencintai saudaranya (sesama muslim). Sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. -HR.Bukhari.

Janganlah kita tergolong dalam kalangan orang yang berdendam. Malah, sampai bersumpah untuk tidak memberi sebarang bantuan terhadap orang yang bersalah kepada kita sepangjang hidup.

Masa kecil2 dahulu kalau gaduh mesti cakap "taknak maafkan kau sampai mati''. hehe.. Astaghfirullahalazim..

"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. -An-Nuur:22

Rasulullah SAW seorang yang pemaaf. Walaupun sering dihina malah diugut bunuh, namun baginda memafkan umatnya. Disebabkan itulah baginda menuntut umatnya agar memaafkan kesalahan yang mudah diberi maaf.

Sungguh malu apabila terkenangkan perjalanan hidup baginda yang bukan sahaja diumpat, dikatakan gila, malah dibaling batu sehingga berdarah. Padahal pada masa itu, baginda boleh sahaja meminta kpd Allah swt agar diturunkan bala seksaan. Tetapi... Baginda menolak untk berbuat demikian.
MasyaAllah..TabarakAllah..

Sekali lagi, memaafkan adalah jalan yang terbaik. Jika belum bersedia untuk memaafkan , maka ambil lah masa dan berterus teranglah kepada si pelaku. Janganlah memberi kemaafan tatkala masih berdendam kerana ada perhitungan Allah swt untuk itu. Semoga Alah swt merahmati kehidupan kita sekeluarga di dunia dan akhirat.

-Sekian-

Sunday, April 26, 2015

''Rindu MMP''

                          ''SMU(A) Maahad Muhammadi Perempuan"

Nampak x perempuan dkat nama sekolah tu,, so dah tentu2 lah para pelajar yang terkandung dalam sekolah tu peremuan sahaja, woman only, nisa'a fakot dalam bahasa arabnya.. hehe Kalau ade lelaki pon paling tak  ustaz, pakcik guard, tukan kebun, pekerja kantin, pastu anak cikgu or ustaz/ustazah kat situ.. Ok, banyak pulak penerangannya..hehe . Kali ni aku nak cerita lah ckit pasal sekolah yang menjadi kebanggaanku dan jugak menjadi kebanggan segelintir masyarakat. Dek kerana sekolah ini telah melahirkan ramai pelajar cemerlang bukan hanya dari segi akademik dan kegiatan kokurikulumnya. Malah telah menerapkan dalam diri semua pelajar dengan nilai dan akhlak yang baik. Actually, memang rindu sangat dekat sekolah ni. Bukannya apa  rindu dekat suasananya. Kalau time pagi tu para pelajar akan berterabur dekat atas padang. Masing-masing pegang al-quran dan mulut terkumat-kamit duk menghafal ayat2 suci al-quran. Sebelum masuk ke dalam kelas para pelajar akan beratur diluar kelas dan mengalunkan nasyid asma ul husna. Then, dah masuk dalam kelas tu,, untuk masa pertama belajar para pelajar dikehendaki baca al-quran. Best kan boleh buat macam tu, boleh kumpul pahala!! 
Time perhimpunan pulak yang kitaorg panggil (thobur) akan diadakan time ade event2 penting jerr.. So jarang jugak sekolah kitaorg buat thobur ni.. Tapi kalau dah buat mahu sampai 3 jam.. Aku pernah pitam kot gara2 mase thobur tu mmg lama sangat dan keterikan matahari atas kepala tu xyah ckplah..pdhal time tu aku duduk, lepas bangun tu boleh jatuh pulak tetibe..hemm pengalaman. Time ni jugaklah adalah para pengawas yang kitaorg panggil (dhobitoh) yang berbaju hijau yang jugak menjadi kebencian para pelajar yang akan buat bulatan disekeliling pelajar n akan check satu per satu lagi2 lencana..haha bukannye ape pelajar bukannya suka kalau ditegur, padahal diorg jalankan amanah jerr.. Tapi kalau ade yang jenis x taw adab nak tegur, kadang2 rase nak lempang pon ada..haha ni time zaman2 x pkir panjang nih.... pedulikan..Dhobitoh dekat MMP ni memang yang btol2 strict arhhh... Tapi ade jer yang terselit 2,3 orang yang sporting ckit yang boleh dibawak berbincang lagi2 time spotcheck..hehe nakal x kitaorg...Disiplin sekolah kitaorg memang ketat. Antaranya yang aku ingat , kene pakai kain dalam ,pakai tarbus, telekung mestilah labuh ikut ukuran yang ditetapkan, stokin paras lutut, semej kene pakai, jam xleh besar dari syiling 50 sen, x dibenarkan bawak beg galas and so on...hehe biaselah tu, setiap sekolah mesti ad peraturannya kan!!
Macam yag pernah aku bgtau dalam satu entry aku tu MMP ni akan adakan usrah untuk pelajar2 nya saling berukhuwah dan berkongsi ilmu. Dalam usrah ni jugaklah kami dapat tahu apa yang kami kurang faham atau memang tak tahu langsung especially bab agama. Haa..sekolh ni jugak akan adakan tamrin bagi setiap form1-6... Bagi yang ada jawatan pulak contohnya dhobitoh, raidah(ketua tingktn), maktabiyyah(pengawas perpustakaan)... akan dikhususkan lagi dyorang punye tamrin. Ia bertujuan untuk memantapkan lagi kepimpinan mereka.
Aku yang memang bekas pelajar sekolah tu memang salutelah dekat pelajar MMP ni, bukannya nak menunjuk ke ape tapi kebanyakan pelajar sekolah tu bukan sahaja bijak2, malah aktif dalam bersukan, tak lupa juga untuk mempraktikkan ilmu2 agama dalam kehidupan seharian seperti hafal alquran, berqiamullai, dan lain2... Kalau nak tahu mase form 1 dah kene ambik hampir 20 subjek...terbaiklah..Kalau zaman aku dulu 4A UPSR boleh diterima lagi untuk masuk MMP ni.. Disebabkan terlampau ramai ibu bapa yang inginkan anak mereka untuk masuk ke sekolah ni, so sekarang nak masuk MMP haruslah pelajar yang mendapat 5A..yang betul layak je dapat masuk taw!! Aku sangat bersyukur dapat berpijak di bumi MMP even aku tahu aku ni biasa sahaja..Tapi apa2 pon itu semua rezeki yang Tuhan telah tetapkan untuk kita..mungkin ada hikmah kenapa Tuhan tematkan aku di sekolah itu.
Then, sebenarnya banyak lagi kisah tentang MMP ni tapi aku dah ingat-ingat lupa dah..hehe memandangkan aku dah tinggalkan sekolah tu dekat 3 tahun dah pon...haha macam dah tingaalkan 20 tahun pulak lua dia tu.. Kebetulan pulak nanti bulan 8 akan diadakan reunion untuk Batch'95 hehe.. harap2 dapatkan hairkan diri dengan izin-Nya.. Tak sabar pulak nak bertemu ustaz,ustazah,cikgu2 dan teman2 seperjuangan.. Mase batch aku ni dalam 4 ratus lebih jugak pelajar.. Tapi rasenye tak semua kot dapat hadir..haha xper kita tengok je nanti..
By the way, nak kongsilah ckit gambar sekolah MMP ni..tapi ni je ade dalam laptop,,yang lain ade dlam pendrive ..hehe ni gambar2 bangunan yang menepatkan kelas2 pagi pelajar MMP.. Tapi semenjak tinggalkan mp, dah banyak benda yang dah diperbaharui.. jeles kot tak sempat merase yang baru..hehe

 BLOCK A(block yang paling baru)

BLOCK B(tingkat ats sekali ade library MMP)


BLOCK C
first masuk mmp akn jumpa block ni dulu.. 

MMP ni memang luas dan cantik, x heran lah kalau ade yang burn muka nanti.. tengok padanglah..haha nak sampai kelas dah berape minit sebab kene lalu padang yang luas ni dulu..haha
So, kepada adik2 yang berminat tu silalah mendaftarkan diri untuk masuk ke mmp... In syaa Allah rezeki tu ade... Kalau dah dapat masuk Alhamdulillah dan adik xkan menyesal punyer... ok, stakat tu je kot cerita kali ni, aku pon dan ngantuk ni..Selamat Malam, Assalamualaikum




Sunday, April 19, 2015

"Bulan Rejab, Bulan Pengampunan"

Assalamualaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh....


Sahabat sekalian...huhu esok (Isnin, 20 April 2015) adalah 1 Rejab 1436,kan. Sedikit perkongsian dari nota lama. Jom beramal untuk bekalan akhirat:)
------------------------------------------------------------------------
Ok, disini aku ingin kongsikan sedikit ilmu tentang Bulan Rejab..
Bulan Rejab=Bulan Pengampunan

Antara amalan2 yang dianjurkan ;
#PUASA
-Kalau tak mampu buat semua, jangan ditinggalkan semua.
-Boleh puasa pada Isnin,Khamis atau 13,14&15hb Rejab ini bersamaan 23,24,25hb Mei.
*13,14,15 dikenali sebagai hari2 putih setiap bulan hijrah. Rasulullah s.a.w akan berpuasa juga pada hari Jumaaat jika hari itu jatuh pada hari2 putih tersebut. Ia hanyalah anjuran daripada saya bagi sesiapa yang rasa payah untuk berpuasa banyak hari bulan Rejab. Ini berdasarkan apa yang saya temui di dalam bab Puasa Rasulullah s.a.w didalam kitab As-Syamil tentang hari puasa sunat. Wallahu a'lam. Yang penting --->Puasa ;)
#ISTIGHFAR
-Habib Salim Assyatiri berkata: "Istighfar dituntut amalkan sepanjang tahun namun untuk bulan Rejab ia sangat2 dianjurkan"
--> Penghulu Istighfar

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Kelebihannya: Seiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu SIANG dengan meyakini apa yang diucapkannya @ lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk aktu petang maka dia termasuk golongan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu MALAM dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk pagi maka dia temasuk golongan ahli syurga
                                                                                                            -Riwayat Imam Al-Bukhari Rahimahullah-

--> Atau boleh amalkan Istighfar ini :

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وتُبْ عَلَيَّ 

Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku & terimalah taubatku.
*Baca Subuh & Asar sebanyak 70 kali setiap hari.
(Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat oleh Ust Ismail Kamus  حفظه الله.)

  • Membaca surah Al-Ikhlas 11 kali atau lebih pada setiap hari.
  • Membaa Al-Quran perbanyakkan berdoa & lain2 amal soleh.
Alhamdulillah atas nikmat Islam & Iman yang Allah anugerahkan pada kita dimana dengan 2 nikmat itulah amalan di atas menjadi bermakna & mendapat ganjaran pahala disisi Allah yang Maha Mulia.
Sudah hampir Bulan Pesta Ibadah -RAMADHAN- .Semoga kita sempat bersua dengannya, Aamiin....  



Thursday, April 16, 2015

"Kecantikan Itu Subjektif"

Ok , untuk entry kali ni... aku nak kongsikan sedikit tentang isu kecantikan. Semua orang kat dunia ni mesti nak cantik kan, tambahan lagi bagi kaum wanita.  Disebabkan ingin cantik jugaklah ,ramai orang yang sanggup buat apa sahaja untuk kelihatan cantik. Disebabkan oleh itu, terlalu banyak produk kecantikan dan kesihatan telah dihasilkan bagi membantu orang ramai untuk nampak cantik dan sihat. Kalau sebut pasal cantik ni mesti berkait dengan wajah. Tapi kalau diikutkan keadaan fizikal badan turut dititikberatkan bagi kelihatan cantik. Semua orang inginkan berat badan yang ideal terutamanya wanita. So, diorang akan gunakan pelbagai cara seperti amalkan diet, makan pil atau gunakan ubat sapuan untuk kurus, bersenam, dan yang agak memerlukan kos yang tinggi membuat rawatan di tempat rawatan untuk kurus. Tapi ada jugak yang mengamalkan cara tidak sihat seperti memuntahkan balik makanan yang telah dimakan dan ada jugak yang jenis langsung tak makan dan melakukan rawatan sedut lemak. Walhal cara itu salah sama sekali. Kalau, dekat Korea semua masyarakat mereka majoriti akan melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan cantik. 

Untuk lebih faham, ikuti dialog ni diantara En.Suami dan Pn.Isteri yang juga berunsurkan nasihat untuk kita sebagai manusia :

Pn.Isteri   : Abang, saya nak tnye ni..abang tak takut ke tiba-tiba wajah Ina ni tidak serasi dengan cita rasa abang?

En.Suami : Maksudnye Ina bimbang kalau abang berubah hati setelah melihat wajah Ina, but we’re still human right?

Pn.Isteri    : Hahahaha...(Ina ketawa kecil )

En.Suami : Ya.... kita masih manusia. Tapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah dibumiNya. Isteri ialah teman suami untuk memikul misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang isteri, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya, dan kesetiaannya.  So, untuk kecantikan tidak penting bukan?

En. Suami : Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakanNya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?

Pn.Isteri    : Bukan yang cantik?

En.Suami : Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Kecantikan akan dilihat pada akhlak dan agama, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah megikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya.

Pn.Isteri   : Maksud abang?

En.Suami : Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Kecantikan juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami.

Pn.Isteri   : Oh, betul juga tu!

En.Suami : Banyak lelaki yang sering mengeluh tentang isterinya, “ Sedap dimata tetapi sakit dihati”. Oleh itu, bagi mereka yang sedang memilih pasangan hidup , berpeganglah pada nasihat Nabi Muhammad s.a.w , “ Wanita dinikahi kerana empat perkara ; karena hartanya/ keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/2), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), An-Nasaa’i(6/68) dan Ibnu Majah (1858).

En.Suami   : Ini kerana, dengan karakter agama yang baik inilah sebenarnya ia mencukui segala faktr-faktor yang lainnya. Dengannya aspek agama yang baik ini, keindahan akhlaknya terserlah, kecantikannya terjaga dan terpelihara, malahan martabat dan kehormatannya berbandig wanita di kancah masyarakat kebanyakan juga tinggi nilainya.

Pn.Isteri    : Owww.. (Ina mengangguk faham)



 Ok, sebenarnya kecantikan tu sangat subjektif. Lagipon, Tuhan dah ciptakan yang tebaik untuk hambanya. Kita sebagai hambanya perlulah besyukur dengan apa yang dikurniakan olehNya. Di sini , aku nak kongsikan satu video yang dibuat oleh Mat Luthfi bertajuk “Kecantikan itu subjektif”. Hope you’re enjoy it!! 


Mat Luthfi - Cantik itu Subjektif

Dan ade satu lagi video lagu arab yang ingin dikongsikan buat korang yang rasa rendah diri dan ingin berubah meniru gaya orang lain tu!! Hope dapat beri semangat lepas baca makna disebalik lagu ni..:) 

Kun Anta (Be Yourself)

Wednesday, April 15, 2015

IN SYAA ALLAH





Sedikit perkongsian!! Huhu kali ni aku nak kongsikan satu benda yang aku dapat daripada seseorang sahabat ni mengenai penggunaan perkataan (In syaa Allah).. Nampak macam simple tapi sebenarnya kita kena tahu maksudnya dan menggunakannya dalam keadaan yang sesuai. Maksud sebenar In syaa Allah ialah jika dikehendaki/ diizinkan Allah. Ia selalu digunakan berkaitan dengan janji. Dalam bahasa inggerisnya “with god’s will”.

Ramai orang melayu yang beragama islam menggunakan perkataan ini untuk berjanji dengan seseorang dan akan menunaikan janji tersebut. Selain itu , orang Islam akan menggunakan perkataan ini apabila menerima situasi dimana seseorang akan meminta untuk menunaikan sesuatu janji, dan orang yang diminta untuk menunaikan janji tersebut akan menggunakan perkataan (In syaa Allah) bagi menunjukkan bahawa janji yang mereka minta itu akan ditunaikan tetapi tidak pasti boleh ditunaikan  atau tidak.

Maksud “In syaa Allah” dalam masyarakat melayu selalunya bererti :


  • Yelah-yelah!
  • Tengoklah dulu macam mane..
  • Tengoklah kalau aku tak sibuk..
  • Tengoklah kalau aku ni rajin..
  • Aku 50-50 laa..
  • Ape-ape jelah..
  • Kalau sempat aku pergi..
Penyalahgunaan istilah ini begitu ketara sehinggakan jika istilah “ In syaa Allah”  itu digunakan ia masih lagi menjadi sesuatu pernyataan yang samar-samar dan tidak muktamad. Melalui kefahaman disini penggunaan istilah ini selalunya diguna bagi melepaskan diri, ia juga untuk membuatkan orang yang kita berjanji dengannya akan tidak terasa hati atau merajuk semasa menuntut janji kita.
Maksud sebenar istilah ini dalam konteks berjanji ialah apa yang dijanji melainkan jika ia tidak diizinkan oleh Allah s.w.t .
Ini dapat dikaitkan dengan satu frasa yg juga cukup popular dikalangan org melayu apabila sesuatu benda itu terjadi
"Alaa.. nak buat macam mane, kau bukan Tuhan pon.. kita merancang je..hanye tuhan je yang menentukan. dah nak buat camner kan"

Ini adalah tnggapan yang salah....
Katakanlah dalam situasi dimana Ika telah menjemput kawannya untuk hadirkan diri ke majlis perkahwinan abangnya :-

Ika       : Assalamualaikum Asma
Asma   : Waalaikumussalam Ika , yerr ade ape..
Ika       : Nah, ni kad jemputan majlis perkahwinan abang aku. Nantiku datanglah yerr..
Asma   : Ehh,bukan abang kau dah kahwin ke!! Isteri kedua ke pulak ni..
Ika       : Ishh,, kau ni Asma.. Ni abang aku satu lagilah yang baru balik dari oversea..
Asma   : Haha.. aku gurau jelah.. minta maaf yerr..
Ika       : Haha.. kau ni suka sangat bergurau..hemm aku nak kau datang majlis ni sebab aku jadi pengapit untuk bakal kakak ipar aku..huhu..bolehlah kau tengok aku cantik-cantik..
Asma   : Ok, In syaa Allah aku pergi yerr Ika sayang..
Ika       : Hehe.. ni buat aku sayang kau ni..

In syaa Allah disini bermaksud Asma akan datang ke ajlis perkahwinan abang kepada kawan baiknya Ika melainkan pada saat dia ingin ke majlis tersebut...:
  • Tibe2 berlaku tsunami yang meranapkan kenduri kahwin itu walauun ia terletak jauh dari pantai.
  • Asma telah terlibat dalam kemalangan jalan raya
  • Asma jatuh tangga dan patah kaki
  • Hujan ribut petir yang membahayakan nyawa
  • Letusan gunung berapi
  • Dan lain-lain yang tidak mengizinkan Asma untuk pergi ke Majlis tersebut walaupun dia benar-benar mahu pergi kerana dia sudah berjanji dengan sahabtnya Ika.
Makna In syaa Allah itu bermaksud.. diri kita sendiri, kita berani untuk mengatakan yang memang kita akan pergi, cuma yang tentukan adalah Allah s.w.t.
Walaubagaimanapun, penggunaan istilah ini haruslah bergantung kepada situasi atau keadaan tertentu dengan niat yang baik dan betul.

Contoh situasi yang SALAH dalam menggunakan istilah ini :


" In syaa Allah malam ni pukul 12 ok guys! see you at Night Club. we gonna party!"

" In syaa Allah aku akan cuba yang terbaik untuk meniru dalam peperiksaan final exam nanti."

So, sahabat-shabat sekalian..gunakanlah istilah ini dengan betul dan bijak. Kita menggunakan nama Allah s.w.t . Janganlah sesekali kita mempermainkan pekataan tersebut..;)


My Roommate

Ok, untuk entry kali ni aku nak cite ckitlah pasal my roommate yang cantik lagi bergaya dekat UUM ni..haha Rommate aku ni namanya Mira, baik dan cantik orangnya.  Aku dengan dia sama negeri iaitu “KELANTAN” dan kebetulan pulak  kitaorang dapat kos yang same iaitu Business Administration bawah College Of Business(COB). Alhamdulillah sepanjang aku kenal dia, kitaorang dapat tolak ansur antara satu sama lain. Hobi dia suka menyanyi dalam bilik.. aku tak kesah pon sebab kadang2 aku suka sambung ape yang dia nyanyi..Haha.. Time xde ape2 nak buat kita orang saling meluahkan perasaan masing2..pasal ape tu , faham2 sendirila,hehe....Lupe nak cerita, hari tu dia ade buat kejutan hari jadi untuk aku.. Alkisahnya, kitaorang keluar p Jitra bersama dengan 2 orang member lagi. Kononnya yang sorang ni, namenye Ina nak buat birthday party untuk kawan dia. Lepastu dia mintak aku dengan Mira tolong pilihkan kek n others. Mase dekat kedai kek tu kononnya si Mira ni tnye pendapat aku suka kek yang mane. Aku dengan selambenye tunjuk lah kek yang aku suka tu. Dipendekkan cerita kitaorang balik dpp masing2. Disebabkan terlampau letih , aku terlelap kejap lepas balik petang tu ,dan Mira ni pulak bagitahu dia nk pegi bilik kwn kitaorang. Tiba2 masa aku tengah tidur aku terjaga sebab ada orang ketuk pintu. Then “ Suppriesssssssssss….”. Mahunya tak tergamam  dengan muka baru bangun tidur n separuh sedar. Seriously, aku cakap memang aku tak expect langsung memandangkan birthday aku pun lambat lagi sebenarnya time tu. Ape2 pon aku nak ucapkan terima kasih tak terhingga dekat my roommate sorang ni NUR AMIRA FARHANA BT MOHD ZAMRI.. walupun kita baru kenal, dia sanggup buatkan kejutan hari jadi ni untuk aku huhu. I’m glad to know you as my roommate. Sangat memahami orangnya.. Baru2 ni dia ada temuduga untuk jadi Cikgu dekat MAKTAB.. Jeles kot sebab dapat jadi cikgu nanti..haha Tapi keputusan nya akan dapat tahu bulan 6 nanti.. hemmm , n klu ikutkan hati ni , sedih tu ade jugak lah..sebab susah kot nak dapat roommate yang satu kepala ni.. huh.. Tapi ape2 pon aku doakan yang terbaik untuk dia memandangkan dia cerita dekat aku yang ayah dia nak sangat dia jadi Cikgu. To Amira buat yang terbaik yerr, banggakan ayahmu, jadi anak yang solehah untuk kedua ibu bapamu n dah dapat jadi cikgu nanti jadilah cikgu yang baik dan sopan untuk anak muridmu..;)


Tudung biru tu my roommate!!



Ni time minggu orientasi dkat DMAS..




Tuesday, April 14, 2015

Universiti Utara Malaysia (Universiti di Rimba Hijau)

Assalamualaikum…
Hari tu aku kate nak kongsikan cerita  pasal UUM kan..huhu ok hari ni akan ku kongsikan serba sedikit yang aku tahu tentang uum  memandangkan aku pon baru masuk sem 2.. so banyak lagi yang aku perlu jelajah..haha

Gerbang Utama UUM!!


Logo yang student akn guna utk cover dpn assignment..hehe

Universiti Utara Malaysia diberi nama.. bertempat di Sintok, Kedah. Aku telah mendapat tawaran untuk sambung pengajian ku di UUM dan mendaftarkan diri pada 1/9/2014. Mase mula2 aku masuk untuk daftar, punyelah luas uum nih..teruja seketika..haha nasib baik dia dah bagitahu awal-awal laluan mana yang harus digunakan.. xdelah pening nak cari jalan… mase dia bagi surat tawaran para pelajar telah ditetapkan DPP iaitu (Dewan Penginapan Pelajar) mereka. Then, aku dapat Dpp Eon ,Blok D.



 Satu bilik ada dua orang. Aku dapat roommate yang satu negeri dengan aku iaitu Kelantan. Takdelah pelat lidah ni nak cakap bahasa luar je selalu. Kebetulan pulak roommate aku ni satu kos dengan aku , Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian selama empat tahun. Haa…penuh siap aku bagi..hehe sepanjang aku duduk satu bilik dengan roommate aku tu, Alhamdulillah kitaorang dapat bertolak ansur antara satu sama lain. Then, setiap Dpp ade disediakan kafe. Dekat UUM ni , setiap kafe ada keistimewaan menu masing2. Contohnya, kalau kafe Eon terkenal dengan nasi lemaknya yang sedap, kafe MISC pulak ade nasi berlauk yang pelbagai dan murah, kafe Petronas pulak orang kate Tomyam dye best. Istimewanya UUM ni sebab semua penginapan telah disediakan. So , tak payah lah korang bimbang nak kene cari rumah sewa ke ape. Lagi syok sebab bas untuk pergi ke kelas pon disediakan. Bas Unic Leisure kot,haha.. Setiap DPP ada 5 laluan, Laluan A, B, C,D dan Maybank (penginapan untuk student yang dah kahwin) huhu kalau korang rase nak duduk dpp Maybank , kahwinlah dulu..haha. Laluan A terdiri daripada DPP Proton, MAS, TNB,n Tradewind(kebanyakan foreigner dekat dpp ni) .Laluan B pulak ada DPP TM, MISC,BSN,SIME DARBY, EON,dan PETRONAS.


DPP Laluan B

Laluan B, best ckit sebab dekat dengan Varsity Mall. Varsity Mall ni dah ade macam2 dah. Ada kedai jual baju, tudung, handbag, kedai cenderamata, Pejabat Pos, Bank Islam, Restoran and paling best sekali ada Cool Blog. Walaupun nama dia ada perkataan mall, tapi tempat dia bukanlah mcm tesco ataupun supermarket. Just bangunan biasa jerr. Dekat Vmall ni jgak dah ade mesin atm seperti Bank ISLAM, BSN, Maybank,n CIMB. So korang tak yah lah susah2 nak keluar memandangkan UUM ni pon jauh dari Bandar dan dekat dengan hutan. Ade tu ade jer, tapi bandar yang paling dekat pun, Changlun. .huhu. Dekat Chaglun tu ade CMart , dan dalam tu ade bowling dengan karoeke jerr.. So, lau rase nak advance ckit hangpa kena p Jitra lah naa..

VARSITY MALL

Ok Laluan C pulak ada DPP YAB dan Muamalat. Laluan ni dekat dengan Pusat Sukan. Pusat Sukan UUM ni pulak ade macam2 jenis tempat sukan, ade padang golf,pusat ekuin, kolam renang, paling best sekali ada sauna. Sauna nih lebih kurang mcm tempat mandi air panas laa. Pusat sukan pun ada sediakan basikal untuk student, so boleh laa kalau nak ride n pusing satu UUM ni. Tu pun kalau larat laa nak pusing satu UUM. Walk climbing , tempat memanah dan macam2 lagilah. Yang paling penting siap ade Litar Go-kart lagi tau.. Kalau x silap UUM nih adalah universiti pertama dalam Malaysia yang ada litar Go Kart. Even aku dah habis sem 1 n sekarang pon dah separuh sem2 dah, tapi tak pernah sekali pun aku try men go kart. Haha... Kalau untuk student, just bayar RM5 jaa pastu bolehlah pusing 3 round. Kira ok laa sebab litar kat sini memang besar. Dekat setiap Dpp pon ade disediakan gelanggang permainan. Itu bergantung pada setiap Dpp lah jenis gelanggang permainan ape yang diorang ade. UUM pun ada stadiumnya tersendiri. Boleh tahan besar jgaklah UUM punye stadium ni. 

PUSAT SUKAN UUM

Lastly, Laluan D ade DPP BANK RAKYAT & SME BANK. Lauan D ni special ckit sebab berada di bukit Kachi n terletak di luar daripada UUM. Tapi xdelah jauh sangat dengan uum, bas pon turut disediakan.



Ni nak bagitahu satu tempat dekat UUM yang famous n semua pelajar akan wajib gunakan, paling x pon time exam,haha.. Dewan Mu’adzam Shah atau singkatannya DMAS. First aku masuk ke dewan ni, mase minggu orientasi. Mase tu sape yang duduk laluan B, dapatlah merase perjalanan kaki ke DMAS sepanjang minggu orientasi tu, hehe..DMAS ni memang besar n Nampak grand sangat. Mesti rase kagum lah kalau tengok. Kebiasaannya mane2 kelab or dpp yang nak buat dinner , akan buat kat sini. Pemandangan dekat luar dewan ni pon nampak cantik. Ramai je pelajar yang suka ambik gambar kat sini. Lagi2 kalau time konvo nanti.

DEWAN MU'ADZAM SHAH
Satu lagi tempat yang buat aku kagum ialah library UUM yang diberi nama Perpustakaan Sultanah Bahiyah. Library ni ade 3 tingkat kot. Dye punye sistem memang canggih lah. Semua jenis buku ade. Kalau nak cari just search dekat dye punye komputer jerr.. lepastu dye jugak ade sediakan mesin untuk kita pinjam dan pulangkan buku..huhu Kire x yah lah susah2 nak berurusan dengan staff dye. Disebabkan terlalu besar, ianya agak sunyi ckit. Ade senior kate library ni ade sejarahnye tersendiri. kalau rase nak naik ke tingkat 3 tu, naik ramai2 lah yerr. Xdelah rase seram sangat disebabkan jarang student guna tingkat 3. Alaa.. lagipon tingkat 1 tu, banyak lagi te  mpat duduk. Kalau rase free, time kelas xde tu , bolehlah p library ni. Haha..just suggestion,even aku sendiri pon jarang p library ni..


PERPUSTAKAAN SULTANAH BAHIYAH

Tempat yang sejuk sikit mata ni kalau pandang. Pusat Islam dan Masjid Sultan Badlishah. Jika ada progra-program keagamaan, biasenye akan diadakan dekat sini. Pusat Islam ini jugak ada jual barang-barang keagamaan. pusat Islam ni pun ade Kafe yang makanannya murah-murah dan sedap.


PUSAT ISLAM & MASJID SULTAN BADLISHAH

Haa.. ni nak critelah ckit pasal akademik..hehe..Kat UUM ni ade 3 buah Jabatan atau kolej iaitu COB(college of business), CAS(college of goverment & international study), dan COLGIS(college of art & science). Aku punyer course under COB. Dekat UUM ni jugak ade satu bangunan namanye U-assist. Tujuan ia ditubuhkan adalah untuk membantu memudahkan pelajar dengan menyediakan perkhidmatan terbaik dan cekap dalam hal-hal akademik dan bukan akademik, serta mengurangkan karenah birokrasi. Antara perkhidmatan yang ditawarkan terbahagi kepada empat bahagian iaitu perkhidmatan akademik, perkhidmatan hal ehwal pelajar, perkhidmatan kewangan, dan perkhidmatan komputer. So, kalau ade ape2 masalah berkaitan dengan hal2 tersebut, korang bolehlah pergi ke U-Assist.


Ok, setiap UA ada dewan kuliah, kalau dekat UUM ni kami panggil DKG iaitu Dewan Kuliah Gugusan. Semua ada 6 Dkg dekat UUM nih dan  setiap Dkg ni pulak ada pecahan. Contohnya, Dkg 1 akan ada Dkg 1.1, 1.2, 1.3, dan seterusnya.Then ade lagi satu tempat yang baru ditubuhkan iaitu DKG 7 SOIS( School Of International Study). Bangunan SOIS ni jauh ckit lah daripada dkg-dkg yang lain. Pastu ada disediakan satu bas khusus untuk pergi sana.So, kalau rase malas nak p jauh2, susun lah jadual elok2 n elakkan kelas yang ade kelas dekat SOIS kalau jadual kelas tu x de banyak gap. Satu lagi untuk yang jenis x tahan panastu, xyah bimbang lah kalau belajar dekat Dkg or else dkat UUM ni nanti, sebab dye punye service aircond tu memang tip top. Ade satu hari tu time aku exam, dekat DMAS.. perghh.. dye punye sejuk xleh ungkap. Sampaikan gigi aku boleh bergetar.. bayangkan sendirilah macam mane dye punye sejuk tu. Orang sekeliling xyah cakap lah, memang semua berpeluk tubuh jawabnya. Lagi2 time tu ade setengah jam lagi mase n x dibenarkan keluar..Since, dah boleh keluar, ape lagi semua berebut nak keluar sebab tak tahan sangat dye punye sejuk tu.hehe..

DMAS

Jadi, itulah serba sedikit yang aku tahu dan boleh aku ceritakan pasal UUM ni. Manelah tahu kan, lepas bace cerita ni, ade yang tertarik nak jadi student UUM...huhu. Walaupun UUM ni terpencil,dalam hutan kononnya.. tapi korang xyah bimbang sebab kalau dah datang sini x rasa duduk dalam hutan pon, sebab semua kemudahan lengkap disediakan. Sambil2 tu bolehlah hirup udara segar. Sesuai untuk kita as a student yg perlukan banyak ketenangan..haha .Lagipun, sekarang ni UUM telah pun dikenali sebagai Universiti di Rimba Hijau. So apa lagi, Welcome to UUM ;) 


Welcome to UUM!!

Saturday, April 11, 2015

KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG

Tahun 2013/2014, dalam masa satu tahun aku sambung pengajian aku lepas SPM di Matrik. Aku dapat sambung pengajian aku di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.



Cantikkan haha..

Sebelum tu disebabkan aku ni pelajar sekolah agama aku sempat ambik subjek STAM  sementara tunggu tawaran daripada matrikulasi. Kebetulan pulak aku dapat satu matrik dengan kawan-kawan sekolah aku,ramai pulak tu. Boleh dikatakan bilangan budak sekolah aku yang dapat matrik penang ni dalam 50 lebih. Alhamdulillah ukhuwah berpanjangan lah katakan..haha. Haa..lupa nak bagitahu, kami semua sekolah di Kelantan. Sekolah kat mana tu rahsia ..haha Dekat KMPP jugak kami ada buat usrah bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwah memandangkan ada juga yang tidak kenal antara satu sama lain.  Yelah mana tak nya.. dekat sekolah kami , kelas sains ade 6 kelas ,akaun ada 4 kelas, ekonomi pula ada 2 kelas. Dalam satu kelas tu pulak ada lebih kurang 40 lebih pelajar. Memang tak sempat lah nk kenal dengan semua orang walaupun dah 5 tahun belajar kat situ. Oleh sebab itu jugak sekolah kami adakan usrah setiap minggu pada hari rabu. Dalam setiap kumpulan mana boleh main pilih nak duduk dengan kawan yang rapat. Setiap pelajar dah ditentukan kumpulan masing-masing. Walaupun x suka tapi kami terpaksa ikut sebab ia dah diwajibkan oleh pihak sekolah. Yang paling penting sesiapa yang didapati tak hadir ke usrah, pelajar akan didenda baca yasin dekat dataran,haha... Nasib baik aku tak pernah kena. Tapi usrah ni bagus sebab dari situ juga kami dapat mengenali lebih ramai kawan , dapat bertukar-tukar pandangan, dan yang penting dapat tambah ilmu..huhu..ehhh tersimpang jauh dah ni cerita aku. Walhal, nak cerita pasal matrik, tercerita pasal sekolah lama pulak..hehe. berbalik kepada KMPP ni, aku dapat tawaran dalam bidang akaun pengajian selama setahun..haha yelah dah sah-sah lah bidang akaun takkan nak dapat sains pulak memandangkan dekat sekolah dulu pun aku ambil kelas akaun. Kalau dapat sains, 2 tahun belajar pun belum tentu boleh lepas,dengan subjek fizik,biologi,kimia.. haha seram dibuatnya..lebih-lebih pulak aku ni padahal tak pernah belajar pun dengar orang cakap jer subjek tu susah.. Kalau cuba belajar , manalah tahu senang..haha .Ok , dekat matrik ni dia dah ada sediakan penginapan masing-masing.

Ni salah satu penginapan di KMPP

Kira matrik ni macam sekolah berasrama penuh cuma bebas sikitlah. Kita cuma kena patuh pada etika pemakaian matrik iaitu bagi perempuan berbaju kurung.Bagi lelaki pula mesti berbaju kemeja dan bertali leher dan seluar slack warna gelap. Lepastu pelajar dikehendaki tidak berada di luar blok melebihi jam 11 malam. Tapi ramai je pun yang tak patuhi undang-undang. Yelah dekat matrik mana ada cikgu disiplin atau warden yang nak tolong tengok lepastu denda. Kira dekat matrik ni jugak boleh belajar hidup berdikari. Kita kena pandai bahagikan masa sendiri lagi-lagi masa belajar. Ramai orang cakap matrik ni susah. Tapi bagi aku, kalau kita rajin tambah pula dengan usaha lepastu doa. Insya Allah boeh punya. Kalau rasa diri tu malas jangan ambil matrik, sebab nanti tak pasal- pasal yang belajar setahun jadi dua tahun. Paling tak, kalau dapat result teruk kena keluar. Tapi apa-apa pun rezeki kita Tuhan yang tentukan. Kita sebagai manusia hanya perlu jalankan tanggungjawab kita sebagai hambaNya. Dekat matrik kita dah tak panggil kelas, kita panggil Praktikum. Contohnya kalau dekat KMPP bagi kelas akaun kitaorang ada 3 kuliah iaitu A1, A2, A3. Dalam setiap kuliah ada beberapa praktikum seperti A2P1, A2P2, dan seterusnya.  Bagi setiap praktikum akan dibimbing oleh Mentor. Dalam setiap praktikum pula kita orang akan dibahagikan kepada kumpulan A dan B. Aku punya praktikum ialah A2P4..huhu.. Mentor aku bernama En. Mohammad Yusaini ,kelas kami panggil dia En.Yus. Dia anggap semua menti-menti dia macam anak dia sendiri sampai dia sanggup usahakan apa sahaja untuk pastikan menti dia dapat masuk universiti..huhu terima kasih En.Yus. Benda yang paling best bagi semua pelajar bila dapat matrik ni ialah kita orang akan dapat elaun setiap bulan... huhu Alhamdulillah.. Jumlah yang diberi cukup untuk makan sahaja. Kalau rasa nak befoya-foya tu , baik lupakan je niat tu..haha. Sepanjang aku belajar dekat KMPP sangat seronok. Pensyarah semua baik-baik pus tegas sebab diorang akan pastikan semua pelajar dapat skor untuk PSPM. Banyak pengalaman baru yang aku dapat. Lagi-lagi dapat belajar bahasa Penang. Aku pulak banyak rapat dengan budak Penang. Apa lagi sakanlah kalau boleh borak. Sampai ada yang ingat aku ni orang utara haha.. Wah cerita tentang zaman matrik ni buat aku rindu pensyarah dan kawan-kawan yang satu matrik dengan aku dulu.

Mereka ni satu matrik+satu sekolah

Wah..rindu mereka ni sangat-sangat.. Masa belajar dulu kalau ada yang tak faham akan ada yang tolong ajarkan. Sekarang ni, masing-masing dapat tawaran belajar di lain-lain universiti. Ada jugak yang dapat rezeki dapat sambung belajar di universiti yang sama. Kami semua dapat kos yang berbeza. Aku harap dapat kekalkan persahabatan kami sampai syurga..huhu throwback pulak tetiba.. Apa-apa pun walau dimana pun kita belajar , betulkan niat kita, kita belajar hanya kerana Allah. Nasihat ni untuk diri aku jugak. Bukan setakat belajar je tau, apa-apa yang kita buat pun niatkan dalam diri hanya keranaNya. Ok, setakat tu je dulu cerita pasal matrik ni. Jika ada perkongsian akan aku ceritakan lagi ..huhu

I LOVE KMPP
Kmpp syok bakhang!!


Sunday, March 29, 2015

Selamat Hari Lahir

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wth wbth



AHAD, 29/3/2015 genap umurku 20 Tahun... Sebelum tu eloklah jika aku kenalkan diri aku dulu..huhu Nama di dalam surat beranak tertulis nama aku ialah Nur Liyana Syahirah Bt Abdullah Rahimi. Aku adalah anak ketiga daripada 7 orang adik beradik. Anak kelahiran negeri Kelantan. Now, aku sambung belajar di Universiti Utara Malaysia dan memegang nombor matrik yang agak cantik nombornya iaitu 233333. Dekat UUM jugak aku ambik kos Bachelor of Business Administration with Hons (BBA hons). Alhamdulillah syukur pada yang Ilahi kerana dia masih bagi aku peluang untuk aku terus hidup di bumi-Nya.. start pada 12.00 a.m sampai sekarang ramai yang wish birthday untuk aku... macam2 gaya ada.. ada yang call,ada yang whatssapp, messenger, bagi video, hantar kad ucapan, post dekat ig..huhu seronok sangat bila dapat wish daripada kawan, shabat,teman... terima kasih untuk semua yang sudi wish hari lahir saya.. terharu tu tak payah cakap lah kan... memang TERHARU sangat... yang buat aku terharu sampai menangis kot when my umi hantar mesej and wish happy birthday..waaa.. terharu sangat... tarikh ni jugak adalah tarikh dimana umi aku lahirkan aku... terima kasih yang tak terhingga untuk umi aku sebab besarkan aku sampai sekarang... yang tak jemu layan karenah aku walaupun aku tahu yang aku ni banyak sangat buat perangai... tapi umi aku masih sabar dengan perangai aku.. ''SAYANG UMI SANGAT''.... huhu kalau nak cerita pasal pengorbanan seorang ibu ni memang x cukup nak cerita kat sini..tapi apa yang aku boleh bagitahu ,'' hargailah ibu kita selagi dia masih ada '' dan aku bersyukur sangat kalau bukan kerana doa umi aku tak akan dapat masuk UUM ni..huhu cakap pasal UUM ni,,nanti aku ceritalah serba sedikit pasal UUM untuk next blog...:)

Yang tudung kelabu tulah Umi aku... Cantikkan..